Tajuk/Slot 1


Selamat datang ke Kursus Kepimpinan Kokurikulum Tahap 1

Tajuk/Slot 1:
Ice Breaking
Pengenalan Kepimpinan Kokurikulum

DEFINISI  KOKURIKULUM  “Kegiatan kokurikulum sebagai kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran  dan  pembelajaran  dalam  bilik  darjah  yang  memberikan  murid  peluang  untuk  menambah,  mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari dibilik darjah”.  

Akta Pendidikan 1996 

Peranan Pensyarah  Kanan Kokurikulum 

• Membantu  pengurus  pendidikan  menentukan  arah  dan  dasar  yang  sesuai  untuk  melaksanakan kegiatan kokurikulum atau pendidikan luar 
• Membantu merangka garis panduan untuk memantau kemajuan kegiatan luar
• Merancang  program  latihan  dan  perkembangan  kepakaran  dalam  pengurusan  pendidikan luar

MERANCANG – bagaimana sesuatu matlamat hendak dicapai? 
• Menentukan apa, bila bagaimana sesuatu itu hendak dilakukan? 
• Menentukan objektif dan cara operasi 
• Kumpul dan analisa maklumat 
• Menbina alternatif 
• Menyebarkan rancangan 

MENGELOLA– cara membahagikan dan mengendalikan tugas / fungsi 
• Cara mendapatkan kemudahan, staf, sumber dll. 
• Struktur organisasi 
• Mekanisma koordinasi 
• Membina ‘method’ dan prosedur 
• Menyebarkan maklumat tentang sumber sedia ada 

MEMIMPIN – proses mempengaruhi 
• Menggerakkan sesuatu 
• Memberi arah tuju 
• Menentukan jangka waktu dan kos 
• Mengeluarkan arahan 
• Memberi panduan dan ransangan 
• Memberi teguran , latihan dan bimbingan 

MENGAWAL – menentukan arah dan landasan 
• Menyelia proses 
• Menjalankan aktiviti pemerhatian dan pencerapan 
• Menilai prestasi 
• Menyediakan laporan kemajuan 
• Membuat pembetulan 
• Membuat penilaian mengikut peringkat pelaksanaan




Comments

Post a Comment